Pengertian Solat
Solat dari segi bahasa: Doa.
Manakala dari segi syara': Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam dengan syarat-syarat tertentu.
Dalil Pensyariatan Solat
Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”